Pengembara tegar!
Friday, March 8, 2013
Tuesday, February 28, 2012
Taman Negara-Rapid Shooting
Minggu lepas,kita worang pergi Ke Kuala tahan dari Kuala Lumpur,Tayar golek pukul 9.00 pagi,perjalanan mengambil masa 3 jam sehingga ke Kuala Tahan,Layan Highway masuk Temerloh tol-Jerantut ke simpang Kuala Tahan.memang berbaloi baloi1
Sunday, January 8, 2012
Touring ke Singapura sempena tahun baru 2012
Perghhhh dasatttt mg dasattt satu touring sempena tahun baru masehi yang disambut kat kota lion,mmg tak patriotik korang ni tapi tak pe buakan apa saja nak naik kan suhu badan dengan pergi touring ke seberang,bini korang tak marah ke?marah tu mmg marah tapi bila bawak balik minyak wangi dari mustafa shopping mall maka senyum like joker la macam dalam citer batman.tahu la korang dah borong sakan helmet agv dan calberg dengan murah giler,rege helmet tu kalau kat KL mau nak sampai seribu fulus malizia tapi kat kelantan lane baru RM 320!!!!! mmg murah banget nih!apapun jangan nak bangga dengan helmet tu.tu semua dunia tu.adiosss gerekkkk sehhh.Lokasi: esplanede,mustafa,merlion,tuft club,jaybee,kelantan lane.jangan lupa bawak GPS.
Touring ke Kemaman dan Kuantan
Alhamdulillah selesai touring ke Kemaman dan Kuantan pada akhir cuti sekolah 2011.Perjalanan hampir 500 km pergi dan balik.Letih bila balik rumah tapi puas bila sampai makan kat warung aziz satar dan kepok lekor tanjung lumpur,Kuantan.apa pun syabas bikerz atas kesportingan anda!
Friday, September 30, 2011
Touring ke Pagoh-Lengga-Bukit Kepong

Akhirnya kami sampai ke bukit Kepong yang bersejarah pada pukul 12.oo tengahari,dari tol pagoh ikut kanan terus ke pekan Pagoh dan ke Lengga dan ke bukit Kepong.Laluan agak mencabar kerana jalannya bengkang bengkok.Tapi lap adalah rating 3 bintang,laluan ni agak sunyi dan cuba bayangkan zaman dulu sekitar 1950an memang merbahaya.
Wednesday, September 28, 2011
Kenali Otai
Tuesday, September 27, 2011
Nasi ayam Malawati

Ni kisah kitaorang,geng motor yang takde masa depan dan amat dicemburui orang pergi makan kat nasi ayam Malawati,captain Shahriman yang bawak kita sampai kat sini,tapi sebelum tu kitaorang isi minyak mentah murah kat tong moto masing-masing kat petronas Sg Besi.Berbalik kisah nasi ayam ni bulehlah tahan rating sedap sekitar 4 bintang!tengok tu punya sukanya Baja hitam daus dan Amir CBR dari Johor lepas pergi sentap barang-barang berharga kat kodai tu(nasi ayam la) lepas ni kitaorang nak naik Genting Highland(Awana je)korang ingat apa?kita nak pergi gambling ke?jangan cepat sangka buruk nanti tu lapasal tak pasal-pasal kena magraine!bila buat tanggapan negative kat orang,layan lap motor lebih baik dari koweorang layan tepi kain orang yang tak berkesudahanya!Orang yang muflis ialah si pengumpat,dan orang yang tak tahu syukur!Jangan layan bro,layan la motor kowoerang !
Lepaking kat seberang persisiran Sungai Perak

Sampai kat sini sekitar 6.05 petang,baja hijau Abi dengan pantas cari rojak kapoor kat depan ni,dia beli sampai 2 kotak,Indianajonesenawang punya sembang panjang dengan satu pakcik pencen ni,katanya orang kat sini yang suka lepak lepakan terdiri dari orang berumur.Baguslah macam tu sesuai dengan udara nyaman dan sungai mengalir tenang.Pakcik pun jiwang teringat zaman muda-muda dulu.Apa lagi lagu Frank sinatralah dia bukaknya---->My Way!
Laksa dan cendul kampung Stor,Padang Rengas,Kuala Kangsar,Perak
giler ke apa bila dah datang jauh-jauh semata-mata nak cari benda ni.Takper yang peting kita hepi,dari pada jadi jaguh bantal dan selimut kat sofa rumah atau jadi anjing salak bukit kat rumah lagi baik angkat bike pusing satu Malaya.Ni sensitip sikit la bagi kaum hawa,dia ingat kitaorang nak cari awek kunun,pirahhh.ha rantai laki korang bila putuih maka sang suami yg alim kucing kat umah tu pegui tut tut tut.Nasehat dari bikerz kpd bini yg tak caya laki tu bawak-bawaklah percaya laki anda,kah kah kah kah.Cikgu abi memang terer bab ni,diplomatik terpimpin katanya!
Masjid Ubuddiah,Bukit Chandan
kami sampai kat masjid ni pukul 5 petang atau lebih,memang taajub dengan seni bina masjid ni ala moorish dan arab.Masjid ni memang tenang dan aman,petugasnya juga peramah,perghhh seronok bila baringkan badan kat karpet masjid ni sebab sekali baring kami nak tidur la pulak,mata pun dah mengantuk tapi perjalanan masih banyak untuk kita lalui,captain Shahriman hantar laporan kat bini dia begitu juga baja hijau Abi.Rating 5 bintang,buatlah iktikaf dan Solat Sunat Tahiyyatul masjid bila sampai kat sini.Memang aman!
Tol Kuala kangsar setelah bergerak hampir 200km.

Akhirnya kami selamat tiba kat Kuala Kangsar.kami tiba kira jam 4 petang waktu tempatan.Laluan utara selatan sebenarnya tak berapa mencabar kerana kereta masih kurang dan pukulan angin agak perlahan.yang kelakarnya ada satu motor besar plat ** yang dibawa oleh seorang brader askar pangkat tut tut kut agak sombong bila kita orang semua angkat tangan tapi dia buat dek aja,tapi bila sampai kat R&R Menora dia duk sorang,bila tiba bikerz kiter apa ingat kita orang nak tegur lu ker?pi la mabukkk,he he he he,bayangkan bila mamat ni terbalik kat highway?Sapa mau tolong?jangan buat sombong la,le ni zaman networking,bro!
Monday, September 26, 2011
Kami dah wujud!
Kumpulan pemotoran yang mengelarkan diri mereka BJ BIKERZ telah diwujudkan.Majlis pelancaran yang memperkenalkan akan dilaksanakan tidak lama lagi.Setakat ini program terawal seperti berikut :
1- Touring ke Genting Highland ( Awana )
2- Makan Laksa dan cendol di Bandar Baru Bangi,Selangor
3-Touring ke Pengkalan Balak,Melaka.Laluan PD-Linggi-Sg Kuala Baru-Pengkalan Balak-Alor Gajah,Melaka
4-Touring Pagoh Ride PMR Straight 3A- laluan Highway utara-selatan-Tol Pagoh-grisik-Pagoh-Lengga-Bukit Kepung-Muar-Lebuh AMJ-Lebuh raya utara selatan ikut Air Keroh.
5-Touring ke Kuala Kangsar-ikut Highway utara Selatan
6-Touring ke Ipoh-ikut Highway utara selatan-Tapah-Cameron Highland-Simpang Pulai-Ipoh
7-Solo Touring ke Singapura ikut Highway utara selatan-Gelang Patah-Second link-Tuas-Jurong,Singapura-Bukit pepys
1- Touring ke Genting Highland ( Awana )
2- Makan Laksa dan cendol di Bandar Baru Bangi,Selangor
3-Touring ke Pengkalan Balak,Melaka.Laluan PD-Linggi-Sg Kuala Baru-Pengkalan Balak-Alor Gajah,Melaka
4-Touring Pagoh Ride PMR Straight 3A- laluan Highway utara-selatan-Tol Pagoh-grisik-Pagoh-Lengga-Bukit Kepung-Muar-Lebuh AMJ-Lebuh raya utara selatan ikut Air Keroh.
5-Touring ke Kuala Kangsar-ikut Highway utara Selatan
6-Touring ke Ipoh-ikut Highway utara selatan-Tapah-Cameron Highland-Simpang Pulai-Ipoh
7-Solo Touring ke Singapura ikut Highway utara selatan-Gelang Patah-Second link-Tuas-Jurong,Singapura-Bukit pepys
Subscribe to:
Posts (Atom)



