Tuesday, September 27, 2011

Nasi ayam Malawati


Ni kisah kitaorang,geng motor yang takde masa depan dan amat dicemburui orang pergi makan kat nasi ayam Malawati,captain Shahriman yang bawak kita sampai kat sini,tapi sebelum tu kitaorang isi minyak mentah murah kat tong moto masing-masing kat petronas Sg Besi.Berbalik kisah nasi ayam ni bulehlah tahan rating sedap sekitar 4 bintang!tengok tu punya sukanya Baja hitam daus dan Amir CBR dari Johor lepas pergi sentap barang-barang berharga kat kodai tu(nasi ayam la) lepas ni kitaorang nak naik Genting Highland(Awana je)korang ingat apa?kita nak pergi gambling ke?jangan cepat sangka buruk nanti tu lapasal tak pasal-pasal kena magraine!bila buat tanggapan negative kat orang,layan lap motor lebih baik dari koweorang layan tepi kain orang yang tak berkesudahanya!Orang yang muflis ialah si pengumpat,dan orang yang tak tahu syukur!Jangan layan bro,layan la motor kowoerang !

Lepaking kat seberang persisiran Sungai Perak


Sampai kat sini sekitar 6.05 petang,baja hijau Abi dengan pantas cari rojak kapoor kat depan ni,dia beli sampai 2 kotak,Indianajonesenawang punya sembang panjang dengan satu pakcik pencen ni,katanya orang kat sini yang suka lepak lepakan terdiri dari orang berumur.Baguslah macam tu sesuai dengan udara nyaman dan sungai mengalir tenang.Pakcik pun jiwang teringat zaman muda-muda dulu.Apa lagi lagu Frank sinatralah dia bukaknya---->My Way!

Laksa dan cendul kampung Stor,Padang Rengas,Kuala Kangsar,Perak

giler ke apa bila dah datang jauh-jauh semata-mata nak cari benda ni.Takper yang peting kita hepi,dari pada jadi jaguh bantal dan selimut kat sofa rumah atau jadi anjing salak bukit kat rumah lagi baik angkat bike pusing satu Malaya.Ni sensitip sikit la bagi kaum hawa,dia ingat kitaorang nak cari awek kunun,pirahhh.ha rantai laki korang bila putuih maka sang suami yg alim kucing kat umah tu pegui tut tut tut.Nasehat dari bikerz kpd bini yg tak caya laki tu bawak-bawaklah percaya laki anda,kah kah kah kah.Cikgu abi memang terer bab ni,diplomatik terpimpin katanya!

Masjid Ubuddiah,Bukit Chandan

kami sampai kat masjid ni pukul 5 petang atau lebih,memang taajub dengan seni bina masjid ni ala moorish dan arab.Masjid ni memang tenang dan aman,petugasnya juga peramah,perghhh seronok bila baringkan badan kat karpet masjid ni sebab sekali baring kami nak tidur la pulak,mata pun dah mengantuk tapi perjalanan masih banyak untuk kita lalui,captain Shahriman hantar laporan kat bini dia begitu juga baja hijau Abi.Rating 5 bintang,buatlah iktikaf dan Solat Sunat Tahiyyatul masjid bila sampai kat sini.Memang aman!

Tol Kuala kangsar setelah bergerak hampir 200km.


Akhirnya kami selamat tiba kat Kuala Kangsar.kami tiba kira jam 4 petang waktu tempatan.Laluan utara selatan sebenarnya tak berapa mencabar kerana kereta masih kurang dan pukulan angin agak perlahan.yang kelakarnya ada satu motor besar plat ** yang dibawa oleh seorang brader askar pangkat tut tut kut agak sombong bila kita orang semua angkat tangan tapi dia buat dek aja,tapi bila sampai kat R&R Menora dia duk sorang,bila tiba bikerz kiter apa ingat kita orang nak tegur lu ker?pi la mabukkk,he he he he,bayangkan bila mamat ni terbalik kat highway?Sapa mau tolong?jangan buat sombong la,le ni zaman networking,bro!

Touring Kuala Lumpur-Kuala Kangsar-Kuala Lumpur